Tuesday 26 May 2015

Adam nak gosok gigi tak? Nanti gigi Adam cantik tau.

Assalamualaikum,

26 Mei 2014, Selasa, Bandar Baru Bangi

Mama ni suka psycho abang adam. Lagi-lagi 'part' gosok gigi 'time' mandi. Hi hi.

Imbas kembali ketika Adam mula tumbuh gigi. Gigi pertama tumbuh dibahagian bawah. Satu batang aja. dan bertambah kepada 2 batang. Menginjak ke umur 10 bulan gigi adam tetap sama sahaja. Sehinggalah tiba-tiba suatu hari adam demam dan selepas kebah dari demam gigi Adam tumbuh serentak 4 batang di bahagian atas. Hambik kau! Patutlah demam. Mulut bayi sepatutnya kena dibiasakan untuk dilap dengan kain basah sebelum tidur setiap malam. Malangnya, saya sebagai mama tidak tahu dan tidak membuat 'research' kerana beranggapan," alah budak2 belum tumbuh gigi, nanti dah tumbuh kita berus la." Silapnya disitu. Dan nak ditambah lagi kesilapan itu, saya sepatutnya membelikan Adam 'silicon toothbrush' yang lembut diperbuatan dari getah silikon untuk permulaan gigi baru yang baru sahaja tumbuh. Mama mungkin terlalu teruja, beli berus gigi kanak2 untuk 1 tahun untuk Adam. Hi hi, geli hati.


Alhamdulillah, sekarang kedua-dua anak mama, adam dan durrani mudah sangat nak ajar mereka gosok gigi. Mesti selaluingatkan . Kalau tak gosok nanti gigi kuning, rosak dan sakit. Dan belikan berus gigi yang gambar Spiderman dan Barbie, memang sangat teruja budak bertuah ni.

Thursday 23 October 2014

Kisah Ramadan Yang Lalu

Kajang
11 September 2014

Assalamualaikum,

Bulan Ramadan yang lalu, memang banyak memberikan pengajaran dan peringatan untuk saya dan suami. 7 Julai 2014, Adam dimasukkan ke Wad Hospital Kajang kerana diserang Asma teruk. Kisahnya bermula pada malam 6 Julai, adam batuk dan nafasnya agak tercungap-cungap tetapi tiada bunyi 'wheezing'. Jam 10 malam, badan Adam panas seakan demam dan Adam kelihatan letih dan penat. Batuk masih berterusan. Saya maklumkan pada suami tentang keadaan Adam. Elok jika di bawa ke klinik untuk ambil ' nebulizer' kerana sebelum ini, Adam pernah ambil ' NEB' sebanyak 2 kali di Klinik Kesihatan Kajang. Suami meminta saya untuk tunggu dahulu dan saya hanya menyapu minyak bawang putih buatan sendiri pada seluruh badan Adam. Alhamdulillah, Adam dapat tidur nyenyak. Jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi, Adam gelisah ke kiri dan ke kanan. Adam kembali batuk dan tidak dapat tidur dengan nyenyak. Saya terjaga dari tidur dan terdengar bunyi 'wheezing' yang datang dari dada adam. Agak kuat dan cepat. Saya kejutkan suami dan bertegas untuk terus bawa Adam ke Hospital Kajang. Jam 3.30 pagi ke hospital dan terus ke bahagian kecemasan untuk 'NEB'. Kebiasaannya, asma adam akan reda selepas mengambil neb. Tapi kali ini, adam emngambil neb sebanyak 3 kali, selang 1 jam, namun bunyi 'wheezing' tidak berkurang. Doktor sarankan adam dimasukkan ke wad untuk pemantauan selanjutnya. Ujian bermula.

Adam, sifatnya seorang yang manja dan mahukan perhatian lebih dari mama dan papa. Pemalu bila berhadapan ramai. Cubaan doktor untuk memasang jarum 'drip pada tangan dengan 8 kali cubaan tidak berjaya sehingga cubaan terakhir akhirnya berjaya dimasukkan dengan bantuan papa, dan seorang pembantu doktor. Adam dibalut dengan kain selimut untuk elakkan dia bergerak dan memberontak. Saya yang setia menunggu disisi katil adam dengan kendongan durrani didada, sedih dan pilu melihat adam diperlakukan begitu. Tapi hati memujuk, ini semua untuk kebaikan dia. Jam 6 pagi, saya ke surau untuk solat Subuh. Tidak sahur dan solat dengan kendongan adik di dada sebab adik tidur dengan nyenyak, tak sanggup untuk kejutkan dia. Alhamdulillah, kendongan Patapum memang banyak membantu saya kemana sahaja. Usai solat, saya terus ke Wad Kecemasan lagi untuk bagi giliran suami bersolat. Adam baru selesai di X-Ray di dada untuk lihat masalah paru-paru Adam. Adam beriya-iya cerita pada saya tentang 'drip' yang dimasukkan. Sakit katanya. Kasihan anak mama. Batuk tetap berterusan cuma bunyi 'wheezing' kedengaran berkurang.

Jam 7 pagi, suami suruh saya pulang ke rumah untuk mandi dan hantar Durrani pada pengasuh. Saya EL untuk hari itu. Dan jam 8.30 pagi saya bergerak ke Hospital untuk lihat keadaan adam dan tukar syif menjaga adam. Bagi suami rehat pula. Setibanya di wad, adam sedang di'neb' sambil baring dan rehat. Adam terus memeluk saya, rindu barangkali dan menangis ajak pulang.

Bersambung di entri akan datang..

Monday 23 June 2014

Aktiviti hujung minggu. Adik dah boleh berjalan!

Assalamualaikum, 

Isnin, 23 Jun 2014, Bandar Baru Bangi

Sehari dua ni, Adik Durrani kerap buat latihan berjalan. Sendirian Berhad! Ha ha. Geli hati mama tengok adik bersungguh-sungguh bangun dari duduk dan berjalan selangkah demi selangkah. Tapi adik berjalan mengiring, bukan ke depan. Tak apa lah adik, yang penting asas untuk berjalan tu ada kan.  Tapi mama tak sempat nak 'snap' gambar adik berjalan tu sebab sibuk dengan kerja rumah yang tak pernah habis. 

Abang Adam,
Macam biasalah, hari-hari akan menulis, melukis dan mewarna, habis dinding-dinding rumah diconteng Abang. Tapi mama dan papa dengan pantas mengecat balik 'part-part' yang diconteng tu. Sekarang abang sangat kurang 'tantrum'. Syukurnya hanya Allah yang tahu. Abang Adam makin mengerti kata-kata mama dan mama dan papa dah makin 'terror' sikit nak 'handle' Adam bila bibit 'tantrum' tu nak datang. Apa-apa pun kuncinya ialah DOA YANG TAK PUTUS-PUTUS. Syukran Jazilan.

Hujung minggu baru-baru ni, 21 - 22 Jun 2014, mama dan papa pergi ke Eh Eh Bazar yang diadakan di Maeps, Serdang. Nak bagi sokongan buat Kakak ku, Ummi Khaty dengan jualan kek dan kuihnya. Memang laku dan sedap. Yang penting rasa kek itu tak muak dan manis-manis buah aja. Safiyya dan Syafiq, Ummi Khaty tinggalkan kejap dengan mama sebab Ummi Khaty nak ambil barang dan siap-siap kemas untuk balik ke Port Dickson. Riuh-rendah lah bila 4 kanak-kanak comel bergabung tenaga buat aktiviti mereka. Kalut jugak sekejap. Tapi jangan risau, semuanya under control. Chewahh.

Eh Eh Bazar,
Memang 'best' dan 'havoc'! Ramai sangat pengunjung dan artis yang turut mempromosikan jualan masing-masing. Next Entri insyaAllah akan mama tunjukkan koleksi-koleksi kek Ummi Khaty yang sedap tu. Boleh cari Cay Tiey di Facebook. Tagline Sazalicious. Dan siapa-siapa yang nak join berniaga pun boleh lah contact Ummi Khaty ni.


Sekian, dari Mama Adamayya

Wednesday 18 June 2014

Pertama Permata Hati

Assalamualaikum,

Rabu, 18 Jun 2014, Bandar Baru Bangi.

"Ini blog kedua yang saya buat. Blog pertama dah dimusnahkan kerana blog pertama hanya untuk projek masa ambil e-PJJ di UiTM dulu. Hi hi hi.

Sejak saya mendirikan rumah tangga, banyak perubahan hidup yang saya alami sepanjang 4 tahun memasuki alam rumah tangga ini. Anak pun dah sepasang. Tempat kerja pun dan dekat dengan rumah. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan. Kurniaan-Nya untuk saya dan suami menjaga dan memelihara serta mendidik Muhammad Adam Rayyan, 3 tahun dan Nur Durrani Sumayyah, 11 bulan telah banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar, penat lelah mak dan ayah dulu ketika membela saya dan adik beradik, kini dapat saya rasakan. Susah payah mencari rezeki dan luangkan masa untuk keluarga yang sangat terhad, saya gunakan waktu yang ada semaksima yang mungkin. Jadi Blog yang kali ini saya buat khas untuk coretan kehidupan saya dan keluarga kecilku. Bukan niat untuk menunjuk. Tapi sekadar perkongsian untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah ke sini."

Adam bakal memasuki usia 3 tahun pada 12 Oktober 2014 ini. Dalam kepala terfikir nak bagi penghargaan buat Adam sebab Adam makin hari makin pandai dan makin boleh diharap kalau saya minta tolong. Bila dikenang dan diingatkan kembali waktu melahirkan Adam dulu, cukup mudah dan lancar urusan yang Allah berikan walaupun kelahiran pertama. Adam seorang yang manja. Ya lah, menyusu badan sehingga usia 1 tahun 9 bulan dan berhenti menyusu sendirinya bila tengok adik Durrani 'take over' mama pula. Adam seorang yang agak 'tantrum' pada usia 1 tahun setengah ke 2 tahun setengah. Dalam tempoh tersebut, betul-betul mencabar kesabaran saya dan suami yang iman hanya senipis kulit bawang ini. Menurut info dan maklumat yang saya cari dari laman web dan blog kaunselor dan ustazah, tempoh tersebut bagi kanak-kanak seusia Adam ialah tempoh memperkembangkan kemahiran yang ada pada diri. Susah juga nak terangkan disini. Sebagai contoh, Adam akan mengamuk dan menangis ketika saya ambil adam dan adik dari rumah pengasuh, saya akan  dukung dan terpa serta peluk cium adik dahulu berbanding Adam. Berulang kali juga kejadian sebegini berlaku. Apabila saya kongsi kisah Adam ni dengan kawan sepejabat, si kawan ini memberi cara dan teknik untuk elakkan Adam bekelakuan ' tantrum'. Apabila dipraktikkan dari hari ke hari, barulah nampak keberkesanannya sedikit demi sedikit sehingga ke hari ini. Sepanjang bulan Mei dan Jun ini, seingat saya Adam belum pernah 'tantrum' tapi lebih cool dan bersahaja. Mungkin juga faktor usia Adam yang bakal menginjak ke angka 3 pada Oktober ini. InsyaAllah jika berkesempatan pada entri akan datang, saya akan kongsi cara mengatasi 'tantrum' pada anak.

Contoh : Boleh Tengok Sini 

Durrani, wajahnya seindah namanya. Durrani, permataku. Iya Durrani sememangnya permata dalam keluarga kecilku. Durrani sedari kecil seorang yang sangat damai dan tenang, jarang mengamuk (tapi sekarang dah pandai merajuk kalau tak dapat apa yang dia nak) dan pandai ambil hati sesiapa sahaja (murah senyuman). Manja dan mudah. Ha ha ha. Saya tak berapa pandai nak gambarkan peribadi anak-anak memandangkan mereka juga masih kecil. Apa yang saya mohon dari Allah, semoga diberi kemudahan untuk saya dan suami dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak. Itu sahaja.

Berjumpa lagi di entri akan datang. Insya Allah.


 *Gambar lama, Adam ketika umur 1 tahun 4 bulan, Durrani umur 3 bulan.