Thursday 23 October 2014

Kisah Ramadan Yang Lalu

Kajang
11 September 2014

Assalamualaikum,

Bulan Ramadan yang lalu, memang banyak memberikan pengajaran dan peringatan untuk saya dan suami. 7 Julai 2014, Adam dimasukkan ke Wad Hospital Kajang kerana diserang Asma teruk. Kisahnya bermula pada malam 6 Julai, adam batuk dan nafasnya agak tercungap-cungap tetapi tiada bunyi 'wheezing'. Jam 10 malam, badan Adam panas seakan demam dan Adam kelihatan letih dan penat. Batuk masih berterusan. Saya maklumkan pada suami tentang keadaan Adam. Elok jika di bawa ke klinik untuk ambil ' nebulizer' kerana sebelum ini, Adam pernah ambil ' NEB' sebanyak 2 kali di Klinik Kesihatan Kajang. Suami meminta saya untuk tunggu dahulu dan saya hanya menyapu minyak bawang putih buatan sendiri pada seluruh badan Adam. Alhamdulillah, Adam dapat tidur nyenyak. Jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi, Adam gelisah ke kiri dan ke kanan. Adam kembali batuk dan tidak dapat tidur dengan nyenyak. Saya terjaga dari tidur dan terdengar bunyi 'wheezing' yang datang dari dada adam. Agak kuat dan cepat. Saya kejutkan suami dan bertegas untuk terus bawa Adam ke Hospital Kajang. Jam 3.30 pagi ke hospital dan terus ke bahagian kecemasan untuk 'NEB'. Kebiasaannya, asma adam akan reda selepas mengambil neb. Tapi kali ini, adam emngambil neb sebanyak 3 kali, selang 1 jam, namun bunyi 'wheezing' tidak berkurang. Doktor sarankan adam dimasukkan ke wad untuk pemantauan selanjutnya. Ujian bermula.

Adam, sifatnya seorang yang manja dan mahukan perhatian lebih dari mama dan papa. Pemalu bila berhadapan ramai. Cubaan doktor untuk memasang jarum 'drip pada tangan dengan 8 kali cubaan tidak berjaya sehingga cubaan terakhir akhirnya berjaya dimasukkan dengan bantuan papa, dan seorang pembantu doktor. Adam dibalut dengan kain selimut untuk elakkan dia bergerak dan memberontak. Saya yang setia menunggu disisi katil adam dengan kendongan durrani didada, sedih dan pilu melihat adam diperlakukan begitu. Tapi hati memujuk, ini semua untuk kebaikan dia. Jam 6 pagi, saya ke surau untuk solat Subuh. Tidak sahur dan solat dengan kendongan adik di dada sebab adik tidur dengan nyenyak, tak sanggup untuk kejutkan dia. Alhamdulillah, kendongan Patapum memang banyak membantu saya kemana sahaja. Usai solat, saya terus ke Wad Kecemasan lagi untuk bagi giliran suami bersolat. Adam baru selesai di X-Ray di dada untuk lihat masalah paru-paru Adam. Adam beriya-iya cerita pada saya tentang 'drip' yang dimasukkan. Sakit katanya. Kasihan anak mama. Batuk tetap berterusan cuma bunyi 'wheezing' kedengaran berkurang.

Jam 7 pagi, suami suruh saya pulang ke rumah untuk mandi dan hantar Durrani pada pengasuh. Saya EL untuk hari itu. Dan jam 8.30 pagi saya bergerak ke Hospital untuk lihat keadaan adam dan tukar syif menjaga adam. Bagi suami rehat pula. Setibanya di wad, adam sedang di'neb' sambil baring dan rehat. Adam terus memeluk saya, rindu barangkali dan menangis ajak pulang.

Bersambung di entri akan datang..

No comments:

Post a Comment