Wednesday 18 June 2014

Pertama Permata Hati

Assalamualaikum,

Rabu, 18 Jun 2014, Bandar Baru Bangi.

"Ini blog kedua yang saya buat. Blog pertama dah dimusnahkan kerana blog pertama hanya untuk projek masa ambil e-PJJ di UiTM dulu. Hi hi hi.

Sejak saya mendirikan rumah tangga, banyak perubahan hidup yang saya alami sepanjang 4 tahun memasuki alam rumah tangga ini. Anak pun dah sepasang. Tempat kerja pun dan dekat dengan rumah. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan. Kurniaan-Nya untuk saya dan suami menjaga dan memelihara serta mendidik Muhammad Adam Rayyan, 3 tahun dan Nur Durrani Sumayyah, 11 bulan telah banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar, penat lelah mak dan ayah dulu ketika membela saya dan adik beradik, kini dapat saya rasakan. Susah payah mencari rezeki dan luangkan masa untuk keluarga yang sangat terhad, saya gunakan waktu yang ada semaksima yang mungkin. Jadi Blog yang kali ini saya buat khas untuk coretan kehidupan saya dan keluarga kecilku. Bukan niat untuk menunjuk. Tapi sekadar perkongsian untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah ke sini."

Adam bakal memasuki usia 3 tahun pada 12 Oktober 2014 ini. Dalam kepala terfikir nak bagi penghargaan buat Adam sebab Adam makin hari makin pandai dan makin boleh diharap kalau saya minta tolong. Bila dikenang dan diingatkan kembali waktu melahirkan Adam dulu, cukup mudah dan lancar urusan yang Allah berikan walaupun kelahiran pertama. Adam seorang yang manja. Ya lah, menyusu badan sehingga usia 1 tahun 9 bulan dan berhenti menyusu sendirinya bila tengok adik Durrani 'take over' mama pula. Adam seorang yang agak 'tantrum' pada usia 1 tahun setengah ke 2 tahun setengah. Dalam tempoh tersebut, betul-betul mencabar kesabaran saya dan suami yang iman hanya senipis kulit bawang ini. Menurut info dan maklumat yang saya cari dari laman web dan blog kaunselor dan ustazah, tempoh tersebut bagi kanak-kanak seusia Adam ialah tempoh memperkembangkan kemahiran yang ada pada diri. Susah juga nak terangkan disini. Sebagai contoh, Adam akan mengamuk dan menangis ketika saya ambil adam dan adik dari rumah pengasuh, saya akan  dukung dan terpa serta peluk cium adik dahulu berbanding Adam. Berulang kali juga kejadian sebegini berlaku. Apabila saya kongsi kisah Adam ni dengan kawan sepejabat, si kawan ini memberi cara dan teknik untuk elakkan Adam bekelakuan ' tantrum'. Apabila dipraktikkan dari hari ke hari, barulah nampak keberkesanannya sedikit demi sedikit sehingga ke hari ini. Sepanjang bulan Mei dan Jun ini, seingat saya Adam belum pernah 'tantrum' tapi lebih cool dan bersahaja. Mungkin juga faktor usia Adam yang bakal menginjak ke angka 3 pada Oktober ini. InsyaAllah jika berkesempatan pada entri akan datang, saya akan kongsi cara mengatasi 'tantrum' pada anak.

Contoh : Boleh Tengok Sini 

Durrani, wajahnya seindah namanya. Durrani, permataku. Iya Durrani sememangnya permata dalam keluarga kecilku. Durrani sedari kecil seorang yang sangat damai dan tenang, jarang mengamuk (tapi sekarang dah pandai merajuk kalau tak dapat apa yang dia nak) dan pandai ambil hati sesiapa sahaja (murah senyuman). Manja dan mudah. Ha ha ha. Saya tak berapa pandai nak gambarkan peribadi anak-anak memandangkan mereka juga masih kecil. Apa yang saya mohon dari Allah, semoga diberi kemudahan untuk saya dan suami dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak. Itu sahaja.

Berjumpa lagi di entri akan datang. Insya Allah.


 *Gambar lama, Adam ketika umur 1 tahun 4 bulan, Durrani umur 3 bulan.

No comments:

Post a Comment